Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah..
Banyak kenangan sepanjang tahun 2012. Suka dan duka. Cabaran, dugaan, rintangan dan pelbagai lagi. Itulah warna warna kehidupan manusia yang Allah beri kepada hambaNya agar sentiasa mengingatiNya.
Sepanjang tahun 2012 ini, banyak dugaan yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya. Sangat berat ujianMu ini. Hinggakan kadangkala rasa putus asa dengan kehidupanku. Tapi, aku sentiasa mengingatkan diri ini agar yakin dengan ujian yang Allah beri. Apapun ujianNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Eh, ok la. Jiwang2 plak tetiba. Hehe :)
Pe peristiwa best dan tak best dalam hidup korang? Cube korang senaraikan. Mesti korang dapat tahu ape yg korang rancangkan dan apa yang Allah izinkan ianya berlaku. Dan bila difikirkan balik, pasti perancangan Allah itu yang terbaik buat diri kita. Dan tanpa disedari, sebenarnya ia merupakan azam yang kita mahukan. Tidak kira azam besar atau azam kecil. Apapun azam korang, syukurla yang kita masih diberi pinjaman umur untuk melaksanakan azam kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment